11 Disember 2016

Bagaimana Nak Pandai Main Ceper Macam Ahza



Ini adalah video panduan bermain ceper. Ceper ialah permainan tradisional kanak-kanak Malaysia. Saya suka bermain ceper kerana permainan itu mencabar dan susah. Saya rasa permainan itu mencabar dan susah kerana asyik tak kena je. Dulu saya pandai main ceper, tetapi apabila sudah lama tidak bermain, saya rasa susah sedikit. Video ini mempunyai cara-cara bermain ceper dengan lengkap.





Saya belajar bermain ceper sejak berumur 9 tahun di internet. Ayah saya juga pandai bermain ceper. Dia belajar dari kawannya sewaktu kecil di kampung Felda Tenang, Labis. Saya selalu bertanding dengan ayah saya. Saya asyik kalah je kerana Ayah timbang sentiasa dapat 10 markah.  Makcik saya juga setanding dengan ayah saya. Suatu hari nanti, saya juga akan menjadi sehebat ayah dan makcik. Oleh itu saya perlu berlatih setiap hari. Marilah kita sama-sama bermain agar kita menjadi lebih hebat lagi. 

4 ulasan:

  1. hi sis, done follow sini.. salam kenal ya :)

    BalasPadam
  2. Hehe.. saya pun kenal permainan ni semasa bersekolah rendah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya belajar dari internet dan mak usu

      Padam