02 Disember 2016

Ronda-ronda Johor Bahru Waktu Malam




Semasa bercuti, saya pergi ke bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru untuk menghilangkan bosan. Saya bosan kerana ibu saya kursus. Saya bersiar-siar di taman yang cantik pada waktu malam. Bersebelahannya terdapat Pejabat Pos Besar Johor Bahru.

Kalau anda pun bosan macam saya, di sini ada 10 Tips Paling Awesome Untuk Hilangkan Bosan Dekat Rumah Masa Tengah “Broke”. Klik Di sini






Taman itu mempunyai banyak pokok berlampu yang berwarna-warni. Di taman juga mempunyai air pancut dimana ditengah-tengahnya terdapat 2 ekor harimau yang melambangkan Negeri Johor Darul Takzim. Taman ini berhadapan dengan Selat Tebrau yang memisahkan Malaysia dengan Singapura. Oleh sebab itu, udara disini segar dengan angin yang kuat.



Saya suka bersiar-siar di sana kerana pada waktu malam kawasan itu diterangi oleh cahaya lampu yang indah. Lampu yang paling menarik perhatian saya ialah lampu yang disusun menjadi seperti bumbung dan diprogramkan seolah-olah TV yang besar. Kenderaan-kenderaan boleh melalui dibawahnya. Ada juga pokok yang berlampu LED dari pangkal hingga ke hujungnya.

Berhampiran, terdapat Bazaar JB yang lebih popular dengan nama Pasar Karat. Berbagai jenis gerai jualan terdapat di sana seperti pakaian, makanan, hiburan, keperluan dan lain-lain. Jika mahu tahu lebih lanjut, kunjungi sendiri Bazaar JB yang unik ini. Setiap malam, ramai pengunjung yang datang ke sini dengan tujuan masing-masing. Saya pun tak pasti apa yang mereka beli.



Saya datang ke sini kerana saya bosan pada malam ini. Sudah empat hari  saya tidak jumpa ibu. Walaupun ibu tiada, tetapi ayah sentiasa bersama saya. Ayah saya selalu membuat makanan yang sedap. Bila malam, ayah mengajak saya keluar bersiar-siar sambil makan angin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan