01 Februari 2017

Demo Masak Ahza : Mi Claypot


Dibawah ini adalah video saya yang ke enam. Mi Claypot adalah masakan cina. Mi Claypot mempunyai banyak sayur-sayuran. Kalau tak nak makan sayur pun takpe. Selain itu, kita boleh letak daging, kambing, ikan dan sebagainya sebagai sumber protin. Saya cuma letak telur je.




.

Dalam video mi claypot ini, saya menggunakan yee mee. Anda nak pakai apa-apa jenis mi pun boleh. Tiada masalah. Yang penting halal dan toiyiban. Dulu saya paksa ayah ajarkan cara-cara membuat Mi Claypot. Masa tu saya takut nak pegang penutup claypot. Sekarang saya tak takut lagi sebab saya dah besar.

Saya pernah makan tiga mangkuk Mi Claypot. Selepas itu berat badan saya naik secara mendadak. Ibu marah saya sebab makan banyak. Lepas tu saya berusaha untuk bersenam lebih banyak. Harap-harap berat badan saya tak naik lagi. Barulah kacak macam ayah saya.
Itu sahaja daripada saya. Selamat mencuba dan Selamat Tahun Baru Cina. Gong Xi Fa Cai  dan jumpa lagi. Bye.

2 ulasan:

  1. yum yum.. lapaq pulak tgok ni .. huhu

    BalasPadam
  2. cuba tengok video saya mesti adacara nak masak

    BalasPadam