23 Mei 2017

Hadiah Hari Guru Cara Ahza



Ini adalah gambar hadiah untuk guru sempena hari guru di sekolah agama saya. Saya juga memberi hadiah yang sama kepada guru sekolah kebangsaan. Pada tahun ini saya menghadiahkan chokurr kepada guru-guru yang telah berjasa kepada saya. Chokurr adalah kurma yang berinti badam dan bersalut coklat. Saya pernah menunjukkan cara-cara membuat chokur suatu ketika dahulu melalui video masakan saya. Anda boleh menontonya melalui link Membuat Chokurrr Cara Ahza


Kita mesti menghargai segala jasa dan pengorbanan guru. Janganlah sekali-kali menyakiti hati guru. Sebagai menghargai jasa guru, saya telah membuktikan saya boleh mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan pertengahan tahun kali ini. Cikgu-cikgu saya pasti gembira dengan keputusan saya. Berkat bimbingan cikgulah saya menjadi seperti sekarang.

Sekolah kebangsaan dan agama saya juga mengadakan sambutan hari guru. Pada majlis sambut hari guru tersebut berbagai aktiviti dilakukan seperti karaoke, sukaneka dan makan-makan. Di majlis itu juga beberapa orang guru dipilih untuk menerima anugerah seperti guru yang paling tegas, guru yang paling bergaya, guru yang paling cantik, guru yang paling handsome dan tokoh cikgu yang boleh diikut. 

Kami satu sekolah semuanya bergembira dan mengucapkan terima kasih kepada guru yang telah banyak berjasa kepada kami. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan